Sunday, September 22, 2013

Weekend Yang Awesome!

Hai Assalamualaikum guys!

Selamat berhujung minggu, maka hujung minggu adalah hari yang paling sibuk sebenarnya. Ye la, mana x nyer, nk basuh motoe la, mendobi la, kemas bilik la, bla .... bla....

Tp weekend kadang2 masa yang terbaek tuk merilekskan diri, window shopping, g spa (hahaha spa la sgt), cooking dsbnya. Yeah sebut pasai cooking nie, so hari nie sy n housemate nk masak something special tuk lunch kitaorg. Yea la, hari2 weekdays asik dok makan kedai jer, muak jugak kan. So weekend nie kitaorg nk masak (sajer nk tunjuk bakat masing2). Hahha.

Hrmm tp nk masak apa erk?. Tarmizi (one of my housemate) dah siap beli awal2 ketam. Dia nak masak ‘ Ketam Masak Gulai Berlada’. Pergh sgt sedap bunyinya! Terkecur ayaq liuq nie haih! So Tar (panggilan manja tuk Tarmizi...hehehe) dah awal2 pagi dah berkelepak-kelepong di dapur. So nk tgk hasilnya? Perghhh sgt berbaloi . Sedap sgt! Saya bagi thumbs up double thumbs up!
nie la hasil air kaki dan tangan Chef Tarmizi, import khas dr Merapoh!

Now my turn! Ok tuk kali nie aku nk masak ‘Udang Goreng Telur Asin’. Yeah sgt soooodap jika digabungin melantak bersama-sama dengan ‘ Ketam Masak Gulai Berlada’ tue. Aku pun x nak kalah nk tunjukkan skill , hehehe.  So bertungkus-lumus la kami berdua menyiapkan masakan masing2.
udang nie jer yang terdapat di Limbang nie...hehhe

Mesti korang terkecur banbaskan dengar menu lunch kami hari nie. Terbaek r! Jom aku sharekan camne aku masak ‘Udang Goreng Telur Asin’ yang super osem tue!
Telur asin yg telah direbus dan dihancusskan oleh aku!!!..huahua

Ok, nie bahan-bahan :

·         ½ kilo udang
·         12 biji cili padi – hiris
·         3 tangkai daun kari
·         3 sudu besar butter – aku guna Planta jer
·         2 biji telur asin – direbus dan dihancurkan
·         Gula secukup rasa
·         2 biji bawang putih
·         Tepung jagung secukupnya
·         Garam
·         3 sudu besar susu segar / susu cair
·         Serbuk lada sulah secukupnya

So dah dapat bahan2 dia, jom kita tgk cara nak masak :

1   .       Rebus telur asin sampai masak. Dah masak hancurkan.
2   .       Bersihkan udang dan goreng dengan tepung jagung , goreng secara deep fried dan asingkan.
3   .       Masukkan butter/planta dlm kuali yg panas, kemudian tumis bwg putih, daun kari dan cili padi. (goreng sehingga naik bau wangi )
4   .       Then, masukkan telur asin yang telah dihancurkan tadi.
5   .       Masukkan fresh milk, sugar dan lada sulah. Perasakan.
6   .       Kacau sehingga susu berbuih sedikit, kemudian masukkan udang yg telah digoreng dan kacu rata.
7   .       Tada!!! Dah siap. Boleh hidangkan.


Sgt mudahkan? Kejap jer nak buat dan sooodap okeh2...jom kita makan tgh hari!
Tada!!! siap sudah Udang Goreng Telur Asin! Gojes seoodap!

So cubalah nyer...gerenti x menyesal. tuk resepi ketam tue, tunggu entri yang lain k. 

Monday, September 2, 2013

Going Places - Labuan Version

AAssalamualaikum guys...
ok... weekend yang boring? so jom kita ke LABUAN.
Window Shopping kat sana, dah alang2 kat Limbang nie.
Untuk ke Labuan dr Limbang mengambil masa 2 jam jugak la. nie pun naik feri laju 'Royal Limbang'. Tambang feri tuk ke Labuan dr Limbang ialah rm 15.00 jer (dulu sebelum subsidi rm 30.00) quite murah la kan? 

jarak Limbang ke Labuan
 so aku naik feri jam 8.00 am dan sampai Labuan kurang lebih jam 10.00 pagi. dalam perjalanan tidoe jer kejer aku. hahaha. dah sampai jetty Labuan, terus jalan p cari hotel yang termurah (budget giler nie). so untuk kali nie aku check in kat Hotel Pantai View. Rate hotel kat labuan nie, paling murah pun Rm 75.00 dan ke atas. since aku suka backpacker nie, nak cut cost sebaik mungkin. hahha.
buku merah jangan luper bawak
kalau bawak brg yg byk leh letak atas boat nie... ok what!
suasana dalam feri. not bad. siap ada econ!
tadaa!!! dah sampai Terminal Feri Antarabangsa Labuan
Okeyh2 nk citer cikit pasal Labuan. Labuan nie if u browse the map, u'll notice that Labuan is located near to the Borneo Island. Labuan adalah salah satu wilayah persekutuan yang terdapat di Malaysia selain Kuala Lumpur dan Putrajaya and it's not part of either Sabah or Sarawak.. even Limbang!!!..hahaha. 

mercu tanda Labuan
Ok, sambung balik bout trip ke Labuan.  Settle brunch + check in, aku terus ke Ujana Kewangan (UK) tuk beli coklat. Gigih jalan kaki jer dr hotel ke UK (bukan jauh pun, 5 minit jer jln kaki) .dah set kat minda nk beli KISSES n NUGGET by HERSHEYS!!!... sangat menghairahkan k. Masuk UK terus p SKY PARK untuk cari my feberet choc!. ok. nasib baik ada. hehehe. apa lagi grab la sebaik mungkin. 


apa yang bestnya Labuan nie? hrm one thing good bout Labuan is it's a duty free island. yeah tempatnya kurang lebih macam Langkawi la. U can get any fragrance, chocolate with duty free price. so agak berbaloi la kan dtg Labuan nie. Untuk sesiapa choc lover like me, this is 'Syurga Coklat' untuk anda. so apa lagi... Jom dtg Labuan.

Mall yg terdapat di Labuan, Ujana Kewangan (UK)
antara puluhan ratusan kedai coklat di Labuan, SKY PARK
TOBLERONE. one of femes choc kat Labuan!
KISSES! KISSES! KISSES!
Kalau dtg Labuan nie, mmg byk sgt kedai yang jual chocolate, fragrance, minuman keras dsb. So kalau korang spend masa yang agak panjang tuk berada di Labuan nie, better korang window shopping dulu, nnt nak balik esok2, baru beli. tue la yang aku praktikkan!!!. so korang mesti dpt the best price tuk sesuatu brg tue. Trip kali nie aku p kejap jer. 2 hari 1 malam. Aq pun dah biasa jugak la ke Labuan ( dalam 5-6 kali jugaklah) so, aku dah tahu tempat yang ingin shopping :) hehhe. Lepas dah beli coklat, terus balik hotel, rehat dan sebagainya. 

Esoknya aku meneruskan langkah untuk mencari perfume. Aku terus ke kedai yang terletak dalam beberapa km dr Terminal Feri Antarabangsa Labuan tue. Kalu dr terminal tue, just turn left, jalan kaki dlm 3 minit so korang akan jumpe kedai tue, SKY PARK juga namanya. Perfume sini agak murah dan banyak pilihan. tuk kali nie , aku grab set CK One. Harga RM 299 tp siap dapat less 10% dan dapat free gift lagi. hoyeh2. 

set CK ONE...osem!
Dah grab perfume, so aku terus cari hadiah tuk konvo adik lelaki aku, Joeysam. so dapat lah Coklat dr Hanson. Agak murah. Nk th harga dtg Labuan la. Kalu aku bgtau rege Coklat Hanson tue, nnt kata aku riak pulak! hahaha. dah beli apa yang patut, aku terus g terminal tuk balik Limbang. Tiket dr Labuan ke Limbang, agak murah sikit iaitu RM 14.00 jer. hohoho.
present tuk adik lelaki aku, Joeysam!
nie expenses masa kat Labuan :


*tiket (return) - rm 15 + rm 14 = rm 29.00
*perfume - rm 269.10
*coklat + present adik aku - rm 100.00
*hotel - rm 95
*makan minum - rm 50
*lain - rm 30

so total aku spend di Labuan ialah = RM 573.10 
tyme balik aku guna feri 'Lim Pertama' .. enjoy!

hrmm banyak jugak. Adoi...tp aku bukanlah seorang yang spendthrift yang tegar yer!!!. ok dah balik Limbang dgn perasaan yang sgt seronok! Hoyeh2
until then, bubye!!!