Sunday, October 27, 2013

Kamek Sayang Kitak ' Serikin'

Hai Assalamualaikum guys!

Ok tuk entry kali nie aku nk kongsi satu tempat shopping yang super ohsem kat Sarawak nie. Sebenarnya tempat nie mmg femes dlm kalangan pelancong dlm negeri mahupun luar. Nk tahu femes sbb apa? Tempt nie femes sbb brgan yang murah. Brg2 nie murah kerana kebanyakkan diambil dr Indonesia. yea la dah sempadan Malaysia - Indonesia. Ala..macam Rantau Panjang, Kelantan - Thailand la...

Sekitar Pasar Serikin....
periuk...kuali....sudip...kendi...semua ada
sgt gigih abg tue...beli sampai dua...murah la katakan!
nie dia map dr Kuching ke Serikin  ( Sumber : http://zamtransportation.blogspot.com/2009/03/serikin.html )

Yup mmg benar sesiapa yang datang ke Kuching, Sarawak mesti akan singgah ke tempat ini. Tempat yang dimaksudkan ialah 'Serikin Weekend Market' atau Pasar Minggu Serikin. Serikin nie terletak dalam daerah Bau dan dibuka hanya pada hujung minggu shj. Hrmm... aku berpeluang dtg ke sini ketika cuti Raya Haji tempoh hari, alhamdulillah, one of my bff aku sempat bawak aku ke sini. Since dia kjer kat Kuching so byk tempat la yg dia tahu dlm area Kuching dan kawasan yang sewaktu dengannya. 


Untuk ke Serikin dr Bandaraya Kuching mengambil masa dlm 1 jam jugak la, x pun lebih. hehhe. So dgn gigihnya bff aku nie drive dr Kuching ke Serikin. Kami ke sana agak lewat cuz ada bbrapa urusan nk settlekan kat Kuching. So kami sampai ke sana pada pkl 11.00 pagi. wowowo lewat giler... keadaan pun dah mula panas! seyes! kat Serikin nie, suhu dia sgt panas. So aku sarankan sesiapa nk dtg sini mesti bawak 3 items yang penting! 1st, air masak/mineral , 2nd spek/cermin mata hitam (lagi besar lagi bagus! haha), 3rd topi. Tapi kalau korang luper bawak , boleh jer korang beli kat sini, semua diorang jual. It is best to come early on Saturday or Sunday morning when the weather is still cold. Yea la dah tgh hari, mau terbakar kulit nnt!
Around the Serikin Weekend Market....sejibik cam Rantau Panjang!
ok..beli2 ...Rm 10 satu...murah2 boleh buat souviner yeah..
rattan handicraft....murah dan berkualiti...
see!....mcm2 dijual... sediakan duit jer!
nie brg kegilaan org pompuan! sgt2 murah.....hanya RM 60 dan keatas jer! murah kan!
Jln ke sini pun agak senang, x perlu nk GPS bagai, kalau dr Kuching terus jer ke Bau, then sampailah. Tempat parking kat sini pun banyak, hanya Rm 2.00 jer sekali masuk. Ok sebelum terluper, kalu nk dtg sini, mesti bawak duit siap2 cuz kat sini mmg x de ATM k. Kalu korang x bawak duit siap2 alamatnya mmg x shopping banban la korang! Jgn ladi cam kawan aku srg nie, semangat nk shopping, tetiba x bwak duit cash ribu-riban,dia ingtkan kat sini ada ATM, hahaha. Kesian ko Sal Saloma! . Apapun brgan yg dijual di sini seperti kain pasang, topi, spek, baju, rattan handicrafts, dsb. Mmg rambang mata la. So faham-faham jer la, bawak la satu beg guni duitnya tue k.
lagi suasana Pasar Serikin...
antara barangan yang boleh dibeli dan dibuat cederahati...
kain apa entah, sesuai dibuat kain baju kurung dan juga sampin, so aku grab satu, hanya Rm 15.00...murahkan!

 Mmg byk brg yang nk beli kat sini, aku pun berhabis jugaklah. Adoyai. Habis beratus-ratus jugaklah. Semua nk beli, kain la, frame la, mcm2 lagi la. 

So apalagi, jom la dtg Serikin! macam2 ada! So tempat nie mmg aku puas hati tp mmg panas hati sbb tmpat nie mmg panas giler! He3




Monday, October 7, 2013

Dipping Sauce 'Old Skul Version'

Hai Assalamualaikum guys!

Ok tuk entry nie sebenarnya nak kongsi satu resepi 'dipping sauce' yang sgt simple mimple. kejap jer dah siap...pap pap pap dah boleh makan. 

sebenarnya resepi nie resepi turun-temurun famili aku. hrmm kira resepi rahsia famili la nie. Tp x pe, aku nk kongsikan jugak cuz 'dipping sauce' atau sos pencicah nie sgt senang nk buat. Mana la tau kan, tyme korang nk makan keropok lekor ker, jemput bilis ker, pastu g dapur tgk2 sos habis, pencicah dalam botol pun dah abis, nk pergi pasar / supermarket malas, so nie resepi paling pantas mantas. x sampai pun 5 minit. 

Hrmm... nama pencicah nie pun aku x tau, hrmm aku bagi nama "Dipping Sauce Old Skul Version" ...hrmmm ok x? panjang lelebar namanya kan! baru kelas!. haha3. ok2 dah, jom kita tgk bahan2 yang diperlukan.
nie la cili padi ....
ok, bahan-bahannya :
1. cuka makan
2. cili padi / lada burung - tumbuk / hiris
3. bawang putih - tumbuk / hiris
4. gula & garam
tumbuk..jangan x tumbuk!
see, sgt sikit penggunaan bahannya kan?. so apalagi jom kita tgk cara membuatnya pulak.

1. Masukkan cili padi yang telah dihiris / ditumbuk tadi ke dalam bekas. 
2. Kemudian masukkan bawang putih, gula, garam dan juga cuka. 
3. Kacau sebati, pastikan gula dan garam nisbah 4:1. kacau sehingga kelihatan pekat.
4. Tada!!! dah siap
tada!!! dah siap simple but nice.. serius ly!
so dah siap tue korang bolehla cicahkan dengan keropok lekor ker, jemput bilis ker dan sebagainya yang korang suka!. 
kalu makan ngan keropok nie...mmg soodap la....
jom cuba.....ok la nk makan keropok nie, until then, bubye!

Sunday, September 22, 2013

Weekend Yang Awesome!

Hai Assalamualaikum guys!

Selamat berhujung minggu, maka hujung minggu adalah hari yang paling sibuk sebenarnya. Ye la, mana x nyer, nk basuh motoe la, mendobi la, kemas bilik la, bla .... bla....

Tp weekend kadang2 masa yang terbaek tuk merilekskan diri, window shopping, g spa (hahaha spa la sgt), cooking dsbnya. Yeah sebut pasai cooking nie, so hari nie sy n housemate nk masak something special tuk lunch kitaorg. Yea la, hari2 weekdays asik dok makan kedai jer, muak jugak kan. So weekend nie kitaorg nk masak (sajer nk tunjuk bakat masing2). Hahha.

Hrmm tp nk masak apa erk?. Tarmizi (one of my housemate) dah siap beli awal2 ketam. Dia nak masak ‘ Ketam Masak Gulai Berlada’. Pergh sgt sedap bunyinya! Terkecur ayaq liuq nie haih! So Tar (panggilan manja tuk Tarmizi...hehehe) dah awal2 pagi dah berkelepak-kelepong di dapur. So nk tgk hasilnya? Perghhh sgt berbaloi . Sedap sgt! Saya bagi thumbs up double thumbs up!
nie la hasil air kaki dan tangan Chef Tarmizi, import khas dr Merapoh!

Now my turn! Ok tuk kali nie aku nk masak ‘Udang Goreng Telur Asin’. Yeah sgt soooodap jika digabungin melantak bersama-sama dengan ‘ Ketam Masak Gulai Berlada’ tue. Aku pun x nak kalah nk tunjukkan skill , hehehe.  So bertungkus-lumus la kami berdua menyiapkan masakan masing2.
udang nie jer yang terdapat di Limbang nie...hehhe

Mesti korang terkecur banbaskan dengar menu lunch kami hari nie. Terbaek r! Jom aku sharekan camne aku masak ‘Udang Goreng Telur Asin’ yang super osem tue!
Telur asin yg telah direbus dan dihancusskan oleh aku!!!..huahua

Ok, nie bahan-bahan :

·         ½ kilo udang
·         12 biji cili padi – hiris
·         3 tangkai daun kari
·         3 sudu besar butter – aku guna Planta jer
·         2 biji telur asin – direbus dan dihancurkan
·         Gula secukup rasa
·         2 biji bawang putih
·         Tepung jagung secukupnya
·         Garam
·         3 sudu besar susu segar / susu cair
·         Serbuk lada sulah secukupnya

So dah dapat bahan2 dia, jom kita tgk cara nak masak :

1   .       Rebus telur asin sampai masak. Dah masak hancurkan.
2   .       Bersihkan udang dan goreng dengan tepung jagung , goreng secara deep fried dan asingkan.
3   .       Masukkan butter/planta dlm kuali yg panas, kemudian tumis bwg putih, daun kari dan cili padi. (goreng sehingga naik bau wangi )
4   .       Then, masukkan telur asin yang telah dihancurkan tadi.
5   .       Masukkan fresh milk, sugar dan lada sulah. Perasakan.
6   .       Kacau sehingga susu berbuih sedikit, kemudian masukkan udang yg telah digoreng dan kacu rata.
7   .       Tada!!! Dah siap. Boleh hidangkan.


Sgt mudahkan? Kejap jer nak buat dan sooodap okeh2...jom kita makan tgh hari!
Tada!!! siap sudah Udang Goreng Telur Asin! Gojes seoodap!

So cubalah nyer...gerenti x menyesal. tuk resepi ketam tue, tunggu entri yang lain k. 

Monday, September 2, 2013

Going Places - Labuan Version

AAssalamualaikum guys...
ok... weekend yang boring? so jom kita ke LABUAN.
Window Shopping kat sana, dah alang2 kat Limbang nie.
Untuk ke Labuan dr Limbang mengambil masa 2 jam jugak la. nie pun naik feri laju 'Royal Limbang'. Tambang feri tuk ke Labuan dr Limbang ialah rm 15.00 jer (dulu sebelum subsidi rm 30.00) quite murah la kan? 

jarak Limbang ke Labuan
 so aku naik feri jam 8.00 am dan sampai Labuan kurang lebih jam 10.00 pagi. dalam perjalanan tidoe jer kejer aku. hahaha. dah sampai jetty Labuan, terus jalan p cari hotel yang termurah (budget giler nie). so untuk kali nie aku check in kat Hotel Pantai View. Rate hotel kat labuan nie, paling murah pun Rm 75.00 dan ke atas. since aku suka backpacker nie, nak cut cost sebaik mungkin. hahha.
buku merah jangan luper bawak
kalau bawak brg yg byk leh letak atas boat nie... ok what!
suasana dalam feri. not bad. siap ada econ!
tadaa!!! dah sampai Terminal Feri Antarabangsa Labuan
Okeyh2 nk citer cikit pasal Labuan. Labuan nie if u browse the map, u'll notice that Labuan is located near to the Borneo Island. Labuan adalah salah satu wilayah persekutuan yang terdapat di Malaysia selain Kuala Lumpur dan Putrajaya and it's not part of either Sabah or Sarawak.. even Limbang!!!..hahaha. 

mercu tanda Labuan
Ok, sambung balik bout trip ke Labuan.  Settle brunch + check in, aku terus ke Ujana Kewangan (UK) tuk beli coklat. Gigih jalan kaki jer dr hotel ke UK (bukan jauh pun, 5 minit jer jln kaki) .dah set kat minda nk beli KISSES n NUGGET by HERSHEYS!!!... sangat menghairahkan k. Masuk UK terus p SKY PARK untuk cari my feberet choc!. ok. nasib baik ada. hehehe. apa lagi grab la sebaik mungkin. 


apa yang bestnya Labuan nie? hrm one thing good bout Labuan is it's a duty free island. yeah tempatnya kurang lebih macam Langkawi la. U can get any fragrance, chocolate with duty free price. so agak berbaloi la kan dtg Labuan nie. Untuk sesiapa choc lover like me, this is 'Syurga Coklat' untuk anda. so apa lagi... Jom dtg Labuan.

Mall yg terdapat di Labuan, Ujana Kewangan (UK)
antara puluhan ratusan kedai coklat di Labuan, SKY PARK
TOBLERONE. one of femes choc kat Labuan!
KISSES! KISSES! KISSES!
Kalau dtg Labuan nie, mmg byk sgt kedai yang jual chocolate, fragrance, minuman keras dsb. So kalau korang spend masa yang agak panjang tuk berada di Labuan nie, better korang window shopping dulu, nnt nak balik esok2, baru beli. tue la yang aku praktikkan!!!. so korang mesti dpt the best price tuk sesuatu brg tue. Trip kali nie aku p kejap jer. 2 hari 1 malam. Aq pun dah biasa jugak la ke Labuan ( dalam 5-6 kali jugaklah) so, aku dah tahu tempat yang ingin shopping :) hehhe. Lepas dah beli coklat, terus balik hotel, rehat dan sebagainya. 

Esoknya aku meneruskan langkah untuk mencari perfume. Aku terus ke kedai yang terletak dalam beberapa km dr Terminal Feri Antarabangsa Labuan tue. Kalu dr terminal tue, just turn left, jalan kaki dlm 3 minit so korang akan jumpe kedai tue, SKY PARK juga namanya. Perfume sini agak murah dan banyak pilihan. tuk kali nie , aku grab set CK One. Harga RM 299 tp siap dapat less 10% dan dapat free gift lagi. hoyeh2. 

set CK ONE...osem!
Dah grab perfume, so aku terus cari hadiah tuk konvo adik lelaki aku, Joeysam. so dapat lah Coklat dr Hanson. Agak murah. Nk th harga dtg Labuan la. Kalu aku bgtau rege Coklat Hanson tue, nnt kata aku riak pulak! hahaha. dah beli apa yang patut, aku terus g terminal tuk balik Limbang. Tiket dr Labuan ke Limbang, agak murah sikit iaitu RM 14.00 jer. hohoho.
present tuk adik lelaki aku, Joeysam!
nie expenses masa kat Labuan :


*tiket (return) - rm 15 + rm 14 = rm 29.00
*perfume - rm 269.10
*coklat + present adik aku - rm 100.00
*hotel - rm 95
*makan minum - rm 50
*lain - rm 30

so total aku spend di Labuan ialah = RM 573.10 
tyme balik aku guna feri 'Lim Pertama' .. enjoy!

hrmm banyak jugak. Adoi...tp aku bukanlah seorang yang spendthrift yang tegar yer!!!. ok dah balik Limbang dgn perasaan yang sgt seronok! Hoyeh2
until then, bubye!!!